Wednesday 7 December 2011

Singa Utara

Ok. Sebagai blogger permulaan, yang semangatnya tengah tinggi. Tapi tak tahulah berapa hari aku nak bertahan dengan menulis ni kan. Ni bila esok lusa aku bosan, aku tak menulis dahla blog. kekekeke

Aku terasa nak menulis sikit-sikit pasal bola sepak di negeri kelahiran aku, Perlis.

Aku lahir dalam mukim Kuala Perlis. Tapi aku punya DUN Simpang Empat. Dan disebabkan itu, secara azalinya aku akan menyokong pasukan Perlis. Dah sebab apa aku nak pegi sokong negeri lain pulak? Takkan nak sokong Melaka pulak kan? Dahla tak power main bola. Aku ingat lagi, sekitar tahun 1996/97, aku selalu jugak pegi Stadium Utama Kangar yang jaraknya lebih kurang 20 minit dari rumah aku. Arwah ayah aku pun minat jugak bola ni. Dia dulu-dulu pun part time jadi pengadil bola. So, banyak jugakla ilmu-ilmu pengadilan bola sepak ni aku tahu dari dia. Time tu, ayah aku akan bawak aku pegi stadium dengan syarat aku kena baca Al-Quran 3 muka surat. Malam-malam biasa aku baca 2 muka ja. Setiap hari sabtu, aku akan siap-siap baca 3 muka surat dengan harapan ayah aku akan bawak pegi tengok bola. Fuh, aku harap ibadah aku masa tu diterima!

Nak dijadikan cerita, pasukan bola sepak Perlis pada tahun 1996/97 tidak sekuat mana. Walaupun bukanlah sebuah pasukan gergasi dalam Liga Perdana (Division 1 sebelum Liga Super diwujudkan), namun bukanlah juga sebuah pasukan sayur. Aku dah tak berapa ingat nama-nama player yang ada time tu. Yang aku ingat time tu Piala Malaysia Selangor yang menang ke atas Sabah dalam penentuan sepakan penalti 5-3. Kalau tak silap aku, dalam masa sebenar, Selangor ada dapat penalti sebijik, tapi tak masuk. Kiper Sabah, Khairul Azman kalau tak silap aku, save bola tu. Masa tu Selangor memang tip top la. Khairul Azman pulak memang kiper utama Malaysia.

Berbalik kepada team Perlis, yang nak aku ceritakan adalah pada tahun-tahun berikutnya iaitu 1998. Pada tahun ini, kalau tak salah aku (maaf kalau salah), Perlis mempunyai Henry Acquah, seorang permata hitam yang sangat berbisa. Beliau merupakan seorang striker yang sangat klinikal dan prolifik. Memang digeruni oleh team-team lain dalam Liga Perdana tambah-tambah musuh setempat Perlis, Kedah. Untuk pengetahuan anda, Perlis juga pernah menagih khidmat seorang lagenda Thailand, Khiatisuk Senamuang. Dia ni masa zamannya, digelar Zidane Thailand. Sekarang dia dah bersara dan dikhabarkan sedang menjadi head coach Thailand bawah berapa entah. Hampa Google sendirilah. Tahun 1998 merupakan tahun di mana bermulanya kebangkitan bola sepak Perlis. Pada tahun inilah Perlis pertama kalinya telah melangkah jauh dalam Piala Malaysia, iaitu peringkat separuh akhir sebelum tunduk kepada...er..aduh, lupa lagi. Sama ada Perak atau Terengganu lah. Perlawanan separuh akhir tu aku tengok masa aku masih dalam pantang bersunat. Masih merah lagi orang cakap. Aku betul-betul sedih malam tu sebab terlalu hampa negeri aku tak layak ke final. Pagi esok mak aku tegur aku, dia cakap aku tidur dengan mata berair. Hah, sampai macam tu sekalilah aku punya hampa!

Tapi, bermula saat itulah bola sepak Perlis bangkit. Sebagai sebuah pasukan yang mempunyai kantung kewangan yang kecil dan terhad, pencapaian Perlis pada tahun-tahun berikutnya amat memberangsangkan. Perlis tidak pernah menoleh kebelakang. Pada aksi final Piala Malaysia 2004, Perlis telah memenangi Piala Malaysia dengan gol yang dijaringkan oleh Jurad Chamrong. Aku pasti masih ramai yang ingat gol tersebut, satu-satunya gol dalam sejarah Piala Malaysia yang dijaringkan menggunakan tangan-melalui balingan ke dalam. Pada tahun 2005, Perlis telah menjuarai Liga Super (format yang baru diperkenalkan). Dalam tahun-tahun berikutnya, Perlis sentiasa menjadi satu kuasa kuat dalam Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia.

Namun, sejak tahun 2009, aku lperhatikan, pasukan bolasepak Perlis semakin merudum. Bermula denga kisah rasuah dalam kalangan pemain sehinggalah masalah gaji tertunggak. pemain-pemain bintang Perlis seperti Farizal Marlias, Amar Rohidan atau Fauzi Nan terus dipancing pasukan-pasukan luar. Kemuncak kemerosotan pasukan Perlis adalah pada tahun 2011 di mana Perlis telah turun divisyen dari Liga Super ke Liga Perdana. Dengan ini, aku berharap ada satu tindakan drastik dari Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri Perlis.

Singa Utara!

Team Perlis yang semakin merudum!

Ceritera Mula

Senang rupanya nak buat blog ni. Tapi orang cerita kat aku nak create memang senang, yang susahnya nak orang follow blog hang la. Ah, apa aku kisah. Aku menulis pun sebab tarak benda nak buat. Bukan nak cari publisiti. Ya dok? Hah, so apa yang aku nak cerita dalam blog aku? Makan-makan? Ok jugak. Pasal kerjaya perguruan? Ceh, nanti orang bosan pulak. Pasal bolasepak? Sedap jugak. Ah, senang-senang aku post sajala apa benda yang aku tepikir nak tulis. Habis sangat tadak orang nak baca, aku baca sendiri!